Isnin, Jun 29, 2009

KURSUS KEPIMPINAN PEMBANTU PSS

PSS SMK Bahau telah menjalankan satu Kursus Kepimpinan Pembantu PSS pada 14 Februari 2009. Program ini bertujuan melahirkan kumpulan Pembantu PSS yang berkalibar dan berjati diri. Seramai 50 orang pembantu PSS telah menyertai program ini. Kehadiran Pegawai dari PKG Bahau, Pn.Aminah Bt Ibrahim telah memberi kesempurnaan kepada program ini.

Rabu, Jun 17, 2009

MINGGU BAHASA BERSAMA PSS


Program Minggu Bahasa Bersama PSS telah dijalankan pada 20 April hingga 30 April 2009. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga SMK Bahau dalam penggunaan Pusat Sumber Sekolah. Beberapa pertandingan berkaitan dengan PSS telah dijalankan dan penglibatan pelajar sangat memuaskan.







LAWATAN MURID TADIKA KE PSS SMK BAHAU


PSS SMK Bahau telah membuka dan berkongsi prasrana sekolah dengan beberapa tadika yang berada di taman -taman perumahan yang berada di sekeliling sekolah. Ini membaiki hubungan sekolah dengan masyarakat setempat.

KURSUS KEJURUTERAAN KOMPUTER


KursusKejuruteraan Komputer (hardware & software) anjuran PKG Bahau telah diadakan pada 21 - 22 April 2009 bertempat di SK Serting Felda.Kursus ini melibatkan Guru Media dan Guru Bestari sekolah ahli PKG Bahau.Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru yang terlibat cara-cara mengurus peralatan ICT secara mudah.Kursus ini dibimbing oleh Encik Azmi daripada Giat Mara Serting bersama beberapa orang pelajarnya. Pn.Hasliza,Guru ICT dan Cik.Vanaja,GPM SMK Bahau turut menyertai kursus tersebut.

BENGKEL PEMBINAAN BLOG


Bengkel Membina Blog PSS bagi kawasan PKG Bahau telah diadakan pada 16 - 17 Jun 2009 bertempat di Makmal Komputer SMK Bandar Baru Serting.Seramai 15 orang Guru Perpustakaan Media telah mengikuti bengkel ini. Encik Suhaimi ,PTP PKG Bahau telah menjadi pemudahcara bagi bengkel ini.Semua guru yang hadir telah berjaya menghasilkan blog PSS masing-masing.Diharapkan selepas bengkel ini,semua guru akan sentiasa mengemaskini blog PSS ini.

Selasa, Jun 16, 2009

PROGRAM NILAM

MINGGU BAHASA BERSAMA PSS

Minggu Bahasa Bersama PSS dijalankan pada 20 hingga 30 April 2009.

OBJEKTIF

*Membantu meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran serta prestasi akademik pelajar

*Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini

*Membantu guru dan pelajar dalam usaha menghasil, merekacipta dan menilai pelbagai alat dan bahan P&P yang mengintegrasikan BBM dan KBKK.

*Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar dan guru

MATLAMAT

*Membantu meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.

*Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.

*Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranann positif.

VISI dan MISI

Visi

Pusat Sumber Sekolah SMK Bahau Menjadi Cemerlang di Daerah Jelebu Jempol Menjelang 2014
Misi

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat penyebaran ilmu dan maklumat kepada warga sekolah

SEJARAH PSS

Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau terletak di daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus. Lokasinya di Jalan Rompin, kira-kira 3 kilometer dari pekan Bahau. Terdapat ladang getah dan ladang kelapa sawit di sekitar sekolah ini.

Pada mulanya sekolah ini menumpang di bangunan SK St.Aidan di bahau. Pentadbirannya adalah di bawah pengelolaan Pengetua SMK Datuk Mansor. Pada 31 Mei 1982, pentadbiran sekolah ini telah diambil alih oleh En.Mohd Hamiyah b. Abdul Hamid selaku pengetua yang pertama.

Pada peringkat awal penubuhannya sekolah ini telah dibuka dengan 13 orang guru dan 315 orang pelajar Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu. Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Pelajar-pelajar sekolah ini datang dari sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan cina dan tamil di ladang-ladang sekitar Bahau, SK St.Aidan, SK Rompindan SK Tunku Muda Serting.

Pada 1 September 1982, sekolah ini telah berpindah ke bangunannya yang terletak di Jlan Rompin. Sekolah ini dibina di tapak seluas 15 ekar termasuk padang permainan. Dua aliran telah diperkenalkan pada awal tahun 1984 iaitu aliran perdagangan dan aliran teknik / sains rumahtangga. Pengetua pada masa itu ialah En. Shamsudin b. Abdul Ghani.

Pada awalnya, sekolah ini hanya terdiri daripada blok A, B, C, D dan E sahaja. Blok F dibina pada tahun 1989. Blok G pula didirikan pada tahun 1990. Kemudahan-kemudahan ini memberi keselesaan kepada guru-guru dan para pelajar untuk melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Pada tahun 1993, sekali lagi wajah sekolah ini berubah apabila Blok Kemahiran Hidup yang baru, Makmal Sains Tulen dan Bangunan Sains Pertanian dibina. Ini telah memudahkan warga sekolah terutamanya pelajar yang berkelayakan memasuki kelas Aliran Sains Tulen.

Pada tahun 1987, En.Chong Chin Sang telah menggantikan En.Shamsudin sebagai pengetua sehingga tahun 1992. Kemudian En.Kwan ken Kwek pula menerajui sekolah ini sehingga akhir tahun 1997. Sekolah ini telah dinaikkan taraf ke gred A pada tahun 1998. En.Othman daud menjadi pengetua untuk lima bulan kerana dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Seremban/Port Dickson.

Pn.Salma Bt Mustafah menjadi pengetua sehingga 15 Disember 2000 dan digantikan oleh Pn.Hjh.Naemah Bt Mohd Sahib sehingga 15 Ogos 2001. Selepas itu, Tn.Hj.Adnan B. Yasin berkhidmat sebagai pengetua sekolah ini sehingga 30 Disember 2004.

Pada tanggal 1 Januari 2005, En.Cheah Lef Ngah pula mengambil alih teraju utama sekolah. Untuk jangka masa dua bulan selepas En.Cheah Lef Ngah meninggalkan SMK Bahau untuk mengemudikan SMK Desa Puteri, Pn.Hjh. Kamilah bertukar ke SMK Triang Hilir, jawatan pengetua disandang oleh En.Paramasivam A/L Manickam.Pada  31/12/2011 beliau telah bersara wajib. Pada 1/1/2012 En. Vellan a/l Raman telah menjadi pengetua baru SMK Bahau sehingga sekarang.