Selasa, Jun 16, 2009

SEJARAH PSS

Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau terletak di daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus. Lokasinya di Jalan Rompin, kira-kira 3 kilometer dari pekan Bahau. Terdapat ladang getah dan ladang kelapa sawit di sekitar sekolah ini.

Pada mulanya sekolah ini menumpang di bangunan SK St.Aidan di bahau. Pentadbirannya adalah di bawah pengelolaan Pengetua SMK Datuk Mansor. Pada 31 Mei 1982, pentadbiran sekolah ini telah diambil alih oleh En.Mohd Hamiyah b. Abdul Hamid selaku pengetua yang pertama.

Pada peringkat awal penubuhannya sekolah ini telah dibuka dengan 13 orang guru dan 315 orang pelajar Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu. Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Pelajar-pelajar sekolah ini datang dari sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan cina dan tamil di ladang-ladang sekitar Bahau, SK St.Aidan, SK Rompindan SK Tunku Muda Serting.

Pada 1 September 1982, sekolah ini telah berpindah ke bangunannya yang terletak di Jlan Rompin. Sekolah ini dibina di tapak seluas 15 ekar termasuk padang permainan. Dua aliran telah diperkenalkan pada awal tahun 1984 iaitu aliran perdagangan dan aliran teknik / sains rumahtangga. Pengetua pada masa itu ialah En. Shamsudin b. Abdul Ghani.

Pada awalnya, sekolah ini hanya terdiri daripada blok A, B, C, D dan E sahaja. Blok F dibina pada tahun 1989. Blok G pula didirikan pada tahun 1990. Kemudahan-kemudahan ini memberi keselesaan kepada guru-guru dan para pelajar untuk melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Pada tahun 1993, sekali lagi wajah sekolah ini berubah apabila Blok Kemahiran Hidup yang baru, Makmal Sains Tulen dan Bangunan Sains Pertanian dibina. Ini telah memudahkan warga sekolah terutamanya pelajar yang berkelayakan memasuki kelas Aliran Sains Tulen.

Pada tahun 1987, En.Chong Chin Sang telah menggantikan En.Shamsudin sebagai pengetua sehingga tahun 1992. Kemudian En.Kwan ken Kwek pula menerajui sekolah ini sehingga akhir tahun 1997. Sekolah ini telah dinaikkan taraf ke gred A pada tahun 1998. En.Othman daud menjadi pengetua untuk lima bulan kerana dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Seremban/Port Dickson.

Pn.Salma Bt Mustafah menjadi pengetua sehingga 15 Disember 2000 dan digantikan oleh Pn.Hjh.Naemah Bt Mohd Sahib sehingga 15 Ogos 2001. Selepas itu, Tn.Hj.Adnan B. Yasin berkhidmat sebagai pengetua sekolah ini sehingga 30 Disember 2004.

Pada tanggal 1 Januari 2005, En.Cheah Lef Ngah pula mengambil alih teraju utama sekolah. Untuk jangka masa dua bulan selepas En.Cheah Lef Ngah meninggalkan SMK Bahau untuk mengemudikan SMK Desa Puteri, Pn.Hjh. Kamilah bertukar ke SMK Triang Hilir, jawatan pengetua disandang oleh En.Paramasivam A/L Manickam.Pada  31/12/2011 beliau telah bersara wajib. Pada 1/1/2012 En. Vellan a/l Raman telah menjadi pengetua baru SMK Bahau sehingga sekarang.